Peniaga
resah longkang tersumbat sarang biak Aedes
Longkang yang tersumbat dan air yang bertakung
dikatakan menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan
penduduk dan peniaga di Taman Palm Grove, Klang mendakwa lebih 10 tahun
longkang di kawasan perumahan mereka tidak dibersihkan sehingga mengundang
masalah kesihatan kepada penduduk setempat.
Longkang yang
tersumbat dan air yang bertakung dikatakan menjadi sarang pembiakan nyamuk
Aedes.
Dakwa peniaga di sekitar kawasan gerai makanan di
sini, pihak berkuasa tempatan tidak pernah membersihkan kawasan itu.
Meskipun aduan demi aduan telah dibuat namun keadaan masih tidak berubah.
Harapan
mereka agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera berikutan rasa khuatir ia
turut menjejaskan kesihatan pelanggan yang berkunjung. | Julai 05, 2015 07:29 MYT
Peniaga resah longkang tersumbat sarang biak Aedes
Longkang yang tersumbat dan air yang bertakung dikatakan menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.
No comments: