Penawar demam denggi kini di pasaran
Bernama | Ogos 08, 2015 18:49 MYT
Kajian pakar telah
mendapati jus daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam
pesakit demam denggi. - Gambar hiasan
GEORGE
TOWN: Ubat yang diekstrak daripada daun betik untuk dijadikan
penawar demam denggi sudah berada di pasaran, kata Timbalan Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau
berkata ubat dalam bentuk cecair dan kapsul itu boleh didapati di hospital dan
farmasi.
"Buat
permulaan, kementerian hanya mengedarkannya dalam bentuk cecair. Bagi kapsul
orang ramai boleh membelinya di farmasi," katanya kepada pemberita pada
majlis rumah terbuka Aidifitri Homestay Pulau Pinang di Teluk Bahang dekat
sini.
Yang
turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,
Datuk Rashidi Hasbullah dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang,
Taufiq Rodhy.
Dalam
perkembangan lain, Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan belum membuat
keputusan berhubung larangan penggunaan rokok elektronik (e-rokok).
"Anak-anak
muda kita cenderung letak macam-macam dalam e-rokok seperti nikotin, dadah dan
daun ketum. Ini yang dilarang," katanya.
Beliau
berkata pihak kementerian sedang menggubal akta baharu untuk perokok dan hasil
produk tembakau yang merangkumi penggunaan e-rokok dan shisha.
Katanya
ketika ini akta sedia ada adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
2004 mengikut Akta Makanan 1983.
No comments: